0
878 views - View This Video

Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan

Ini adalah Kempen ” Satu Suara : Satu Komuniti Satu Persatuan ” yang telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 22 Mac 2009. Kempen ini disasarkan kepada golongan muda dan belia , untuk mewujudkan persatuan mereka sendiri di dalam komuniti masyarakat.

Kempen “Satu Suara” Satu Komuniti Satu Persatuan merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mengawal selia semua aktiviti dalam perkembangan golongan belia dengan hasrat dan matlamat seperti berikut :

• Meningkatkan penyertaan belia dalam persatuan belia.
• Mengaktifkan persatuan belia yang ada.
• Menubuhkan pelbagai persatuan baru yang dinamik dan bervariasi serta memenuhi citarasa belia masa kini.
• Memperkasa program pembangunan golongan belia dengan mengadakan pelbagai bentuk pengisian ke arah melahirkan generasi baru yang glokal.
• Mendekati golongan belia dan mendengar pandangan serta permasalahan mereka.
• Menukar persepsi umum terhadap imej BELIA dan PERSATUAN di Malaysia.
• Melahirkan generasi baru, belia Malaysia yang bersatu di dalam struktur organisasi yang dinamik.
• Melahirkan golongan belia yang menjadi pendokong kepada kepimpinan negara

Website: http://www.satusuara.com